Tentang Kecewa yang Kembali Menjengah



Hari itu...

masih bersisa hingga kini..

bukan berdendam, bukan tidak memaafkan..

ianya cuma tidak terlupakan..

bertambah segar bila hati sedang kecewa dengan orang-orang terdekat..

hari ini, kenangan pahit itu kembali menerjah di lubuk hati..

masih teringat aku menangis teruk di pondok wakaf kmk depan asrama perempuan...

Tak dapat menahan sakit dan kecewa yang dirasa, air mata laju mengalir keluar.


Akan tetapi, terasa masih bernilai saat itu kerana ada 5 sahabat ketika itu yang tak putus memujuk~

Perasaan ketika itu tak pernah aku lupa, dan moment itu walaupun pahit, aku lebih merasakan manisnya berkasih sayang tanpa syarat.. Dan setiap kali aku merasakan hiba di hati, moment itu terus saja di fikiran.




Namun, tiada dapat aku merasakan perasaan seperti itu lagi kini..

aku keseorangan kerana mereka semua berlalu pergi..

mungkin juga ianya pilihan aku..

keseorangan itu kadang lebih baik..

Mungkin kerana hati aku menjadi keras,atau aku sengaja tutup sekerasnya..




Kerana saat tu, aku berjanji pada diri, ikhlaskan memberi pada yang ikhlas menerima.. Kerana itu juga, aku susah dalam memberi,percaya,dan menerima…

Ruang-ruang, dan masa-masa yang ada kini, cuma diri aku yang dulu itu~


fear of everything... slowly giving up of everything.. that who i am today. worse.

Comments

Popular posts from this blog

Hitting Me.